Outreach OasisBUKIT BINTANG
Jalan Bukit Bintang · KL

Projek Dakwah Kosmopolitan

Ruang komuniti di tengah Bukit Bintang yang memperkenalkan keindahan Islam secara santai, melalui dialog, budaya, ilmu dan bakti masyarakat.

Bukit Bintang · KL Dari seluruh dunia, bertemu di Bukit Bintang
150+program pada 2025
50+mesyuarat pada 2025
2024mula beroperasi, Mac
31.1.26dirasmikan secara rasmi
Tentang OOBB

Dakwah yang dirasai, bukan sekadar didengar

Bukit Bintang ialah pusat pelancongan antarabangsa, tumpuan anak muda dan titik pertemuan pelbagai bangsa, budaya dan agama. Di sini dakwah sering dilihat terlalu formal, dan ramai pelancong tidak mempunyai akses mudah untuk mengenali Islam.

Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) dibuka pada Mac 2024 sebagai ruang komuniti yang menghubungkan masyarakat dengan nilai Islam secara alami dan berhikmah. OOBB dirasmikan oleh YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pada 31 Januari 2026.

“Kami percaya dakwah bukan hanya ceramah, tetapi pengalaman yang menyentuh manusia.”

Allahyarham Ust Dr Abd Halim El-Muhammady

Idea OOBB dicetuskan oleh Allahyarham Ust Dr Abd Halim El-Muhammady: sebuah “community space” untuk dakwah di tengah bandar.

Visi masa hadapan

  • Memperluas model dakwah bandar yang kreatif
  • Memperkukuh pembangunan belia
  • Menjadi hab komuniti Islam yang progresif
  • Memperbanyak penglibatan antarabangsa
  • Membangunkan model dakwah yang lestari
Program

Empat tunjang dakwah OOBB

Pendidikan

  • Kelas asas Islam untuk mualaf
  • Dialog agama & budaya
  • Hijab Day, Dakwah Street
  • Bukuwan Circle

Kebudayaan

  • Festival Harmony Experience
  • Projek Teater Outreach
  • Maidah Rahman & Syantah Ramadan
  • Toastmasters & Sister Circle

Ekonomi

  • Kelas asas barista
  • Bengkel kandungan & media
  • Kelas copywriting & AI
  • Sumbangan asnaf & mualaf

Kerohanian

  • Solat fardu berjemaah
  • Bacaan Ma'thurat, Yasin & tahlil
  • Solat tarawih berjemaah
  • Qasidah & selawat
Setiap minggu
Kelas Asas Islam untuk Mualaf
Setiap bulan
Usrah Bulanan Wilayah Persekutuan

Bersama Dato' Hj Ahmad Azam Abd Rahman, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

4–12tahun

Smart Haji Kidz

Program simulasi haji kanak-kanak selama kira-kira 4 jam: praktikal, interaktif dan mesra usia. Diadakan di masjid terpilih semasa cuti sekolah. Ibu bapa boleh ikut serta tanpa bayaran.

Daftar & info
Ruang Temu · Sewaan ruang

Ruang untuk program anda

Dewan dan bilik mesyuarat untuk NGO, agensi kerajaan, syarikat dan komuniti, di lokasi yang mudah dihubungi dengan MRT dan monorel.

Dewan Utama Komuniti OOBB

Dewan Utama Komuniti

Dewan serbaguna dengan susun atur fleksibel dan kemudahan audio visual asas.

1 jamRM150
5 jamseparuh hariRM350
9 jamsehari penuhRM550

Ahli Pejabat Maya mendapat diskaun 10% untuk dewan.

Bilik mesyuarat OOBB

Bilik Mesyuarat

Untuk mesyuarat, perbincangan strategik dan sesi kumpulan kecil.

1 jamRM50
5 jamseparuh hariRM150
9 jamsehari penuhRM250

Lot pejabat untuk disewa juga tersedia. Hubungi kami untuk maklumat kekosongan.

Bengkel & latihanMesyuaratSeminar & perkongsian ilmuProgram komunitiDialog & libat urusMajlis kecil organisasi

Tempah melalui WhatsApp

Beritahu kami tarikh, masa, ruang dan anggaran peserta. Kami akan sahkan kekosongan dan sebut harga katering jika perlu.

Pejabat Maya
RM130/bulan

Deposit 1 bulan · kontrak minimum 3 bulan · terhad kepada 20 lot

Alamat perniagaan di Bukit Bintang

  • Alamat perniagaan berdaftar dengan nombor lot anda sendiri
  • 2 jam bilik mesyuarat percuma setiap bulan
  • Penerimaan surat dan bungkusan
  • Jam tambahan bilik mesyuarat RM20/jam, diskaun 10% dewan

Mohon dalam talian. Sediakan salinan SSM (syarikat) atau salinan IC (individu) dalam format PDF atau JPG.

Mohon Pejabat Maya
Fasiliti

Lengkap untuk program dan ibadah

Dewan komunitiSusun atur fleksibel
Bilik mesyuaratUntuk kumpulan kecil
Kafe & kateringOutreach Coffee
Wifi percumaDi seluruh ruang
SurauArah kiblat disahkan
Tempat wudukSejadah & telekung disediakan
Ruang membacaKoleksi buku komuniti
TandasDi dalam premis
Ekosistem

Penggerak & rakan strategik

OOBB digerakkan oleh Islamic Outreach Association (IOA), Outreach Coffee, Outreach Press dan Outreach Barbershop, dengan sokongan agensi agama dan pertubuhan.

Penggerak OOBB
Logo penggerak OOBB termasuk Islamic Outreach Association (IOA), Outreach Coffee, Outreach Press dan Outreach Barbershop
Rakan strategik
Logo rakan strategik termasuk MAIWP, JAWI, YADIM dan YAPEIM
Lokasi

Di tengah Bukit Bintang

Outreach Oasis Bukit Bintang
No. 1, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

MRTStesen MRT Bukit Bintang, Pintu C
MONORELStesen Monorel Imbi
PARKINGMenara Hai-O dan parking DBKL berdekatan

Buka di Google Maps

Hubungi kami
Iqbal Hakim011-6090 2847
Iqbal Daswarman, Pengurus Operasi011-1106 4767
Emelmyoutreachoasis@gmail.com
Emel surausurauoutreach@gmail.com

Kami terbuka untuk kerjasama penganjuran program komuniti bersama NGO dan agensi kerajaan.

Infak untuk dakwah

Infak anda membantu kelas mualaf, program komuniti dan operasi surau di OOBB.

Infak dalam talian di infakdakwah.my

Portal infak rasmi Islamic Outreach Association (IOA)

Atau pindahan bank terus
Bank
Bank Rakyat
Nama akaun
Pertubuhan Dakwah Kosmopolitan
No. akaun
1102660176

Perlukan resit? Hantar bukti pindahan ke infak@ioacentre.org.my atau WhatsApp +6011 1106 4767.

Tempah via WhatsApp Infak